Sunday, September 25, 2011

Venice To Rome ( 1st Day ) Part 4

Wa chow dari Venice naik train tengahari ke Rome. About 5 hours. Duduk dengan satu Auntie Mat Salleh ni. Wa pun jap2 tidur jap2 tengok luar. Dapat seat mengundur hahaha pening2 lalat gak. Sampai kat Rome train station Termini dah petang. Decide terus nak gi Confort BB yang wa dah booked. Kalau ikutkan instruction kena naik Metro macam LRT ler kat KL. Stationnya Vittirio EManuele. Tapi yang bestnya kat sini ada blue line and orange line. So wa kena tranfer ke orange line. Mak aiiii tak friendly lah tempat ni banyak betul step dah lah bag wa berat sebab dari vienna -venice punya harta karun. Masa ni semua urat2 dah keluar. Tunggu metro punya ler ramai orang, then wa cakap lu underground dia memang menyeramkan. Wa tak advise kalau nak naik malam2. Sampai aje Metro wa pun jadi orang tak bertamadun tolak jea orang nak masuk, sebab wa dah penat angkat bag tadi. Akhirnya selepas aktiviti mengangkat bag sekali lagi sampai gak kat area BB wa tu. Tengok dalam gambar lain, sampai sini lain. Tapi padan ler dengan harga yang wa bayar tu. Belasah jelah sebab bukan duduk dalam bilik sangat. Letak bag aje, perut wa dah kelaparan. So jalan2 ajelah ka area situ. Tiba-tiba ternampak satu restoran Arab. Fuyoh rasa nak lompat-lompat gak masa tu. Dah berapa hari tak makan nasi, asyik makan seafood jea. So apa lagi makan tak ingat dunia. Lepas makan memang tak sabar nak gi tengok Colosseum, so tanya2 orang and based on map wa sampai gak kat situ. Cantek view malam, orang pun dah tak ramai. So snap picture ler. Besok pagi dah plan nak datang lagi sebab nak masuk dalam. End of day one at Rome.




Cantik Colosseum waktu malam. Macamana ler ruponya dulu yek... may be macam dalam cite yang Brad Pitt berlakon tu... tak ingat pulak dah namanya .

No comments:

Post a Comment