Friday, September 30, 2011

Banda Acheh Day 1- 27 May 2011

Tahun ni wa memang tak banyak sgt berjalan. Mungkin sebab busy,budget or may be geng travel dh tak ada. Tapi trip yang ni wa booking untuk parent wa. Kali ni trip dgn parent and ada budak gemuk sorang ni. Adik bongsu wa. Trip 3 hari 2 malam ke Banda Acheh. Apasal wa pilih sini wa pun tak tahu. Mungkin sebab tambang murahlah kot. Wa malas nk pikir so ambik jea ground package sebab tiket dah bayar. Murah siot tiketnya dalam 80 hengget seorang. First day, adik wa yg perempuan hantar. Beriya-iya nak hantar, ni mesti kes malas pegi kerja. Tapi dia pegi gak ofis, cuma masuk lambat.


Then breakfast we all sebelum naik flight. Biasa ler Air Asia semua food dlm flight so isi tank dulu. Ni adik wa punya penangan dah nama gemok ni ler kerja nya. Wa cool aje mls nk makan. Masa ni sibuk dok reply email ofis. Mak aaai kerja berlambak. Rasa quilty gak cuti .. Ecccceeehhh... Perasan.


Wa tengok gambar ni pass tu wa pun tutup wa punya ipad .. Then relax and unwind ler konon. Dah naik flight wa tengok dlm flight banyak pakcik-pakcik tua alamak melepas ler nak cuci mata. Agak2 tua sesuai untuk orang- orang pencen kot. Cuma ada ler 4 ,5 orang yg muda. Yang ni wa tahu, diorg nak gi diving. May be one day dtg lagi for diving.


Finally sampai .. Ok gak dia punya airport not bad. Then sampai-sampai ada guide ambik. Nama dia wa lupalah. Tp ckp byk. Memang ler dah nama tour guide. So nk gi mkan dulu sebab dh lapar. Otw ada nampak perkuburan tsunami.


Tak berhenti pun. Tak tahu apasal, minah tour tu malas agaknya. Wa pun tak insist. Pass tu gi makan.


Wa rasa trip ni makan tak best tak tahu apasal.


Ni pintu hotel nak masuk dalam fuuyooooh kena scan...Pass tu we all rehat jap then malam kuar dinner.



Malam we all pegi sini. Ayam Lepas. Makan sini sedap gak.. Makan ayam melepas ler kot... Camna rupanya cam kat bawah ni.


Thwn minum air ni memang best, tak tahu apasal. ... Kat malaysia ada ke ni.


Dah kenyang we all balik hotel tidur. Zzzzz end of day one

Posted using BlogPress from my iPad

Monday, September 26, 2011

Testing from my ipad

Just bought the app blogpress so that i can blog from my ipad and see how it goes.



That me ? Yeaaaaah
- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Desa,Kuala Lumpur,Malaysia

Sunday, September 25, 2011

Rome Day 5 - Part 8 - 13.04.2011


Hari ni pagi-pagi lagi dah pack, then gerak ke Termini. Nak ambik train ke Airport. Sedih ada, excited pun ada. Tapi lebih sedih kot sebab nak tinggalkan Italy. Bila lagi nak sampai tak tahulah. Sampai airport terus check in. Lepas tu pegi ambik tax claim dapat gak 13 Euro. Boleh ler lunch kat situ. Pusing-pusing dalam airport tak ada yang menarik sangat. Naik flight bantai tidur aje, pass tu makan. Flight penuh. Transit kat Dubai, tunggu punya tunggu flight delay lah pulak. Aduh dah ler penat. At last naik lah berlepas ke KLIA. Tidur & makan lagi. Tgk In-Flight Map macam nak sampai tapi dah selepas beberapa jam dalam flight tu. Alih-alih apasal menghala ke Singapore ni. Pergh tak boleh landing kat KL due to bad weather. Landed at Singapore airport. Pass tu kena tunggu clearance dari Singapore Airport baru boleh keluar. Tunggu punya tunggu baru boleh keluar sebab flight kena change crew procdeure ler. Wa pun tak tahu pasal procedure ni. Tapi wa agak hangin sebab wa dh letih then besok kena kerja. Punyalah lama stranded kat airport Singapore ni. Dapat compliment food tapi tak sedap langsung. Tunggu punya tunggu wa pun dapat ler naik. SEpatutnya sampai KL dalam pukul 3 or 4 cam tu ler. Adik wa tunggu sampai kucing nak beranak ler. Dia pun dh blah. Sebab wa sampai dalam pukul 11. 30 cam tu. Mak aaaai punya ler penat. Ingat nak naik ERL tapi wa dh tak larat naik cab ajelah. Sampai rumah penat tapi jetlag. Begitulah kisahnya Vienna-Venice - Rome. Tahun depan nak gi belah2 sana lagi ke ? Member wa dah ajak plan. Wa kena makan maggi ler hari2 kalau nak gi lagi next year. Sebab 2 tahun berturut2 wa gi jalan Europe. Last year wa pegi Belgium and Spain. Kopak gak. Nanti wa cite pasal trip wa tu. So ciao....

Rome Day 4 - Part 7 - 12.04.2011

Day 4 - Target Vatican City. Sp pagi2 wa pegi ler naik bas yang tak ada bumbung tu. Bas ni akan pusing2 tempat yang menarik kat Rome. Hari ni wa dah nak muntah tengok colosseum. Wa tak turun situ. Wa tunggu pitt stop Vatican City. Sampai aje Vatican City, ramai betul orang beratur nak masuk. Tanya punya tanya. Nak masuk kena bayar dalam 60 Euro. Pikir punya pikir, wa malas lah nak masuk. Dengan ramai orang beratur panjang. So wa ambik gambar kat luar aje. Puas lah gak posing2 ambik gambar kat situ. Lepas tu wa tunggu bas nak pegi tempat lain. Gambar Vatican 2 yang kat bawah tu.

Lepas tu wa pegi ke Spanish Step. Gambar kat atas ni. Kat sini pun ramai orang. Diorang dok melepak kat tangga tu. Kata buku view kat atas tu cantek tapi wa tak naik lah. Kat Spanish step kalau pukul 2 pagi memang kurang orang. Tapi sapa nak datang masa tu. Posing-posing lepas tu wa blah dari situ.


Lepas blah dari Spanish Step tu wa lalu ler kat lorong-lorong area situ. Mostly branded punya kedai. Apa yang mampu tengok ajelah. Masa ni perut pun dah kosong. Member2 semua dah lapar. So wa pun dah malas nak baca map. Lu orang bacalah. Lepas tu tersesat ler pulak. Ntah kat mana2. Actually senang aje Rome ni. Map dia actually accurate gak. Tapi kalau dah blur baca map tu blur lah gak. Tak pass geografi kot. So wa ambik keputusan nak naik balik bas. Wa pun naik ler bas balik. Pergh salah naik stop. Bus ni kena buat satu pusingan lagi. Hampeh. Terpaksa lah tengok Colosseum, Vatican sekali lagi. Wa rasa nak muntah dah. Lepas tu wa turun kat Termini. Tempat train station tu. Ternampak ler kebab halal. Ada guna gak sesat ni. So apalagi belasah ler. Lepas habis makan, wa ronda ler area situ. Sini banyak bangla. Macam kat Kotaraya kat KL ler area ni. Port2 diorg jumpa kawan2. Nasib baik tak ambik BB kat area sini. Too Crowded. Masa tu wa ambik ler gambar kat luar kedai tu, tapi tertangkap plak gambar mamat gagak ( mat hitam ) kat situ. Dia siap nak tunjuk2 marah2. Bro sorrylah bukan nak ambik gambar lu. Pass tu dia ikut wa, tapi wa buat2 masuk kedai. Ngeee Ngeee. Pass tu check tengok dia dah blah. Bila Baca map actually tempat ni dekat aje dgn wa punya BB. So wa jalan kaki ajelah. Malam tu packing sebab besok wa dh nak balik KL. End of day 4. Sedih gak. Tapi poket pun dah surut better balik ler. hahahahaha.

Rome Day 3 - Part 6 11.04.2011

Day 3 - Rome. Ari ni wa pegi the rest of the main attraction at city ni. Lepas breakfast wa jalan2 tanpa tujuan lagi. Then wa nampak bus sightseeing tour. Bas yang tak ada bumbung tu. So wa pun beli tiket untuk 2 hari. Dalam 28 Euro. Tak silaplah wa pun tak ingat. So bermula ler aktiviti ari tu naik bas. Ngee ngeee sebenar dah penat jalan kaki. So wa pun naik duduk kat atas, sebelum tu dapat earphone. Konon nak jadi minah salleh ler duduk kat atas. Tapi cuaca tak lah panas sangat. Cucuk earphone so wa pun pusing ler satu bandar tu. Sambil dengar-dengar minah salleh tu bercerita, wa pun ambik ler gambar. Hari ni punya cite wa pun tak berapa ingat sangat, tak tahu apasal. Mungkin sebab salah satu pitt stop tu, wa turun kat Hard Rock Cafe. Wa beli t-shirt. Mungkin sebab tulah kot. Sebab wa asyik dok convert harga yang wa bayar untuk t-shirt tu.


Wa pegi tempat ni yang sangat famous Trevi Fountain, at Rome ni sebenarnya banyak fountain. Banyak wa ambik gambar kat fountain2 yang lain tapi sebab yang ni famous so wa letak gambar ni. Punyalah ramai orang kat sini. Nak ambik gambar pun susah. Kalau tengok betul-betul fountain ni, airnya biru sesangat. Kalau malam ambik gambar kat sini memang cantek, tapi sebab tempat ni jauh dari BB wa so nak datang malam, kirim salam ajelah. Kat dalam fountain banyak sesangat duit syilling. Semua orang dok baling duit dalam ni. Cara balingan kena membelakangkan fountain then baling ler duit tu. Sure kaya city council kat sini sebab bayangkanlah berapa banyak tourist baling duit setiap hari. Mengikut mitosnya lah, kalau baling duit tu bermakna kita akan datang lagi ke sini. Ngeee ngeee. So apalagi wa pun baling ler gak. Wa baling syiling malaysia, hahah saje dengki. Sure diorg blur, kikikih. Nak tukar tak laku. Tapi wa pesan kat sini hati-hati sikit sebab takut penyeluk saku. Tapi wa cakap l, bangla ramai tu kat sini. Siap pandai cakap malaysia lagi. Yang jual souvenir pun pandai cakap melayu. Cayalah sapa cakap bahasa melayu kita tak famous. Ngee ngee.



Kat atas ni antara gambar2 yang wa ambik masa atas bas tu. Actual banyak gak info dapat hari ni. Tapi yang paling berharga ialah wa dapat sunburn. Gelap siot muka wa. Memang ler cuaca sejuk tapi matahari tetap matahari. Wa gi site pun tak segelap ni. End of day 3.

Rome Day 2 Part 5 10.04.2011

So day 2. Hari ni wa plan gi Colosseum dan kawasan yang sewaktu denganya. Kat area sini attractionya Roman Forum, Capitoline Hill, Arch of Constantine. Basically kat sini The Ancient Rome. So pagi-pagi dah menapak ke Colosseum, sampai-sampai aje dah ramai orang. Wa decided to take the tour yang diorang sibuk dok promote kat situ. Tour tu dalam 25 Euro. Mamat tour siap cakap wa bayar ni boleh dapat express lane. So ramai2 ler we all berdiri sambil dengar minah italy tu explain pasal Colosseum. Tour ni dalam 30 orang .Macam2 ler dia cite. Wa pun dh tak ingat. Lepas tu we all gerak nak masuk kat main entrance. Kata express lane. Wa tunggu situ kat 45 minit gak. Akhirnya dapat gak masuk dalam. Minah ni bagi macam earphone lah so bila dia cite wa boleh dengar, walaupun dia jauh dari wa. Canggih gak... ahahaha.. dalam tu minah ni pun blah blah lagi. Tapi wa sibuk nak ambik gambar. Punya lah ramai manusia dalam ni. Tapi to be inside the Colosseum, memang macam dream come true lah. Lepas tu minah tu kata, dh habis ambik gambar nanti jumpa kat luar. Another tour guide akan take over untuk bawak we all semua ke Capitoline Hill.

Gambar Ancient Rome

Circus Maximus - Tempat orang lumba-lumba tu... macam dalam cite Gladiator , Russel Crowe berlakon tu.



Pass tu mamat tour guide ni bawak ler we all satu group ni ke Palatine Hill. Berpeluh sakan gak naik bukit ni. Dia ada cakap total step tu, tapi wa tak ingat sebab wa dah termengah-mengah naik step. Tapi pakcik mat salleh depan wa tu, steady jea..tercabar ni. Nasihat wa, kalau nak gi sini sila pakai flat shoes kalau tak cari nahas. Mamat tour ni student, tapi buat ni as a part time job. Lagi satu nasihat wa, sebelum datang bacalah sikit sejarah pasal ancient rome ni. Kalau setakat tengok cite Troy, ( sekarang wa dh ingat cite yang Brad Pitt berlakon tu ) bila orang gelak kita gelak ajelah. Apa kisahnya buat2 paham ajelah. Tapi wa sikit2 adalah ingat cite2 tu. Tapi kalau suruh cite balik jangan harap ler. Wa kerja contruction, tapi bila wa tengok Pillar2 kat sini wa memang suspect ( respect ) ler orang2 roman ni, sebab boleh construct the Ancient City ni. Besar betul this area. Punyalah besar area ni , sampai ke petang wa jalan sini. Cuaca pagi sejuk tapi masa tengahari dah ok. Bila petang aje dah start sejuk. Perut pun dah lapar so wa pegi makan kat kedai Arab yang semlam tu. Lepas makan baru wa rasa kaki wa macam nak tercabut, sebab jalan kaki satu hari. End of day one.

Venice To Rome ( 1st Day ) Part 4

Wa chow dari Venice naik train tengahari ke Rome. About 5 hours. Duduk dengan satu Auntie Mat Salleh ni. Wa pun jap2 tidur jap2 tengok luar. Dapat seat mengundur hahaha pening2 lalat gak. Sampai kat Rome train station Termini dah petang. Decide terus nak gi Confort BB yang wa dah booked. Kalau ikutkan instruction kena naik Metro macam LRT ler kat KL. Stationnya Vittirio EManuele. Tapi yang bestnya kat sini ada blue line and orange line. So wa kena tranfer ke orange line. Mak aiiii tak friendly lah tempat ni banyak betul step dah lah bag wa berat sebab dari vienna -venice punya harta karun. Masa ni semua urat2 dah keluar. Tunggu metro punya ler ramai orang, then wa cakap lu underground dia memang menyeramkan. Wa tak advise kalau nak naik malam2. Sampai aje Metro wa pun jadi orang tak bertamadun tolak jea orang nak masuk, sebab wa dah penat angkat bag tadi. Akhirnya selepas aktiviti mengangkat bag sekali lagi sampai gak kat area BB wa tu. Tengok dalam gambar lain, sampai sini lain. Tapi padan ler dengan harga yang wa bayar tu. Belasah jelah sebab bukan duduk dalam bilik sangat. Letak bag aje, perut wa dah kelaparan. So jalan2 ajelah ka area situ. Tiba-tiba ternampak satu restoran Arab. Fuyoh rasa nak lompat-lompat gak masa tu. Dah berapa hari tak makan nasi, asyik makan seafood jea. So apa lagi makan tak ingat dunia. Lepas makan memang tak sabar nak gi tengok Colosseum, so tanya2 orang and based on map wa sampai gak kat situ. Cantek view malam, orang pun dah tak ramai. So snap picture ler. Besok pagi dah plan nak datang lagi sebab nak masuk dalam. End of day one at Rome.




Cantik Colosseum waktu malam. Macamana ler ruponya dulu yek... may be macam dalam cite yang Brad Pitt berlakon tu... tak ingat pulak dah namanya .

Saturday, September 24, 2011

Vienna to Venice, Italy Part 3 - 07.04.2011



Bertolak dari Vienna naik keretapi malam. Tiket train ni dah beli dari Malaysia lagi. Pilih overnight sleeper, journey 8 jam. Jakun gak naik train sebab kat Malaysia ari tu naik train gi Singapore.. tapi bukan sleeper naik yang seat punya... kematu gak punggung. Tapi train ni kira oklah . Harga makk aiii lagi mahal dari Air Asia. Yang kelakar masa masuk cabin tu, adalah satu set meal. Ada air, roti and buah. Ada dua botol air. Satu tu mineral, satu lagi tu tak sure. Then jenguk ler cabin sebelah nampak ada makcik salleh, diorg ni tgh cheer2 air botol tu... pergh sah-sah ler air pening2 lalat tu. Nasib baik tak minum. Wa sedekah aje kat jiran2 cabin sebelah. Naik train susah gak nak tidur tapi belasah jea...

Pagi2 dah sampai. Sini wa stay 1 malam aje.. coz sini hotel mahal gilos. Satu malam kat sini boleh bermalam2 kat hotel2 di KL. Sampai2 aje mak aiii happy nya , dream come true. Venice my dream place since study lagi. Suka kat sini sebab tak ada kereta. Semua jalan kaki and kalau nak pegi satu2 tempat naik water taxi. So wa pun apa lagi naik ler water taxi nak pegi pitt stop wow terasa macam amazing race plak. Pitt stop Rialto Bridge. Sampai situ susah gak nak cari hotel. Lorong dia memang complicated. Walaupun dah buat preparation on the route but still lost. Akhirnya bak kata pepatah kalau malu bertanya sesat jalan, so wa pun tanya ler mamat lembut sorang ni.. awwww so lembut .. tapi very helpful.. akhirnya sampai. Tapi wa lupa nak ambil gambar hotel ni. Letak barang then cari breakfast.
Wa pun jumpa ler tempat ni dekat Piazza San Marco ( Kat sini ler main attraction ) . Wah canggih tempat ni, pusing 2, 3 kali tengok menu. Takut2 nanti duduk tak boleh bayar. Tengok harga reasonanble ler. So wa pun order coffee and sandwich. Kira2 sepatutnya tak sampai ler 10 Euro. Pass tu tengah2 breakfast ada ler okestra ni main lagu. Wow best.. bagus2 service ni. So lepak ler situ. Masa nak bayar bil tu aik apasal mahal ni, rupanya pakcik2 okestra tu bukannya free kena babyar beb. Cis kurang asam tul. Tapi buat macho jelah bayar ler. Pass tu ronda2 situ.
Ni ler rupanya Water Taxi tu. Macam naik bas.
Gondola kat sini part of the tourist attraction. Kalau ikutkan hati nak jugak naik, nak gak rasa ala-ala romantica de amour. Nilah akibatnya banyak sangat tengok cite oputih. Tapi tambangnya mahal 80 Euro satu gondola, aaai nanti tak lepas balik kalau naik. Wa pun ronda ler sini . Satu hari cukup kalau nak ronda kat sini. Tapi kalau banyak duit duduk lama pun ok. Makan pun mahal.
Ni typical Canal kat Venice. Banyak tempat menarik sini.Tapi paling suka lorong2 kecik di sini. Terasa berada di satu kawasan bandar yang aman sesangat. Tapi kalau nak kata sini bersih tak lah. Kalau ada peluang lagi and duit lebih, Venice wa boleh datang lagi.

Vienna Part 2 - 03.04.2011




Still in vienna. First day the Hotel Josehof. Nak sebut pun susah mau terbelit lidah.. Sampai hari Ahad.. so takkan nak kerja hari Ahad. Official start Monday. So ari ni wa breakfast dulu.. pass tu adalah plan sikit.. Vienna wa puji satu bandar dia memang bersih habis. Kalau ler kita boleh contoh cam ni kat Malaysia kan best... nak buang sampah merata-rata pun takut. Pagi tu breakfast macam jakun sikit coz diorang ada machine expresso.. haahah pagi-pagi dah belasah Caffe Latte segelas besar...


Gambar kat atas tu, plan wa ari tu best gak naik tu Segway ... keliling vienna.. penat gak walaupun tak payah kayuh tapi susah nak monitor benda ni... jadi minah rempit kejap kat sini.. yang bagus kat sini diorg ada lane basikal.. selamat sikit.. VIENNA Powerrr.. Stay kat vienna sampai Khamis pasal kerja. Yang lain dah balik tapi wa sambung cuti, sebab dah plan nak pegi Venice and Rome.. so afterthis post pasal Venice and Rome boleh details sebab this one tak official yippe...

Europe -Vienna - Part 1 02.04.2011

Europe part 1 Vienna. First part ni actually official visit pasal kerja sambil-sambil dah kerja tu sambung jelah terus ke destinasi selanjutnya. Pasal kerja kita tak payah ceritalah nanti susah ler pulak wa nak menjawabnya. So tripnya start on 02.04.2011... nasib baik bukan 01.04.2011... pass tu sampai airport ada orang cakap April Fool. Ngeeee. ngeeee....


Our trip start withe Emirates Flight... company bayor nak buat camna... ikut jelah... So oklah jugak, tapi yang tak paham apasal ler bila duduk jea kaki tergantung... adakah kerana wa pendek atau design dia memang cam tu... bayangkanlah 8 jam kaki tergantung pergh wa cakap lu... memang ler sakit. Masa pegi dalam flight banyak kosong so boleh ler duduk ganas2 sikit... kerjannya tidur makan tidur... transit kat Dubai... masa tu boleh ler solat and makan2 tapi paham2 jelah makanan mahal tapi belasah jelah...Canggih gak airport Dubai... almaklumlah kaya...

The Others Side Of Me


This gonna be a blog about something to remember one day dan sambungan daripada blog yang dulu..... if i got time to update ler...Saja-saje tulis... at least boleh ler ingat-ingat apa-apa yang patut... Cite-cite sedih or cite-cite happy... harap-harap cite-cite happy aje memanjang... sedih2 tak main ler.