Monday, November 28, 2011

Spain Part 5

Still at Canary island . Then seperti wa ckp ari tu ler trip ni memang dok tgk nature jeaa.. Mabuk fresh air lah plak .. We all gi national park dia .. Actually nice view tp dok naik kete pusing2.. Wa mabuk fresh air .. Haha


Memang menarik view kat sini. Then we all ada lah picnic kat dalam hutan .. Wa ckp dgn kawan wa selamat ke picnic kat sini, karang datang beruang ke apa ke naya gak kita... Tp dia selamba jea..





Lepak2 situ lepas tu decide we all nak gi beach lah plak .. Beach dia actually banyak tapi yang we all pegi ni less crowded tapi tak sangka plak topless beach .. Kalau tgk makcik2 kat sini selamba jea tolak stroller baby topless .. Adoi tak larat wa nk tgk . Lepak2 makan ice creammm oooh sungguh tak sesuai coz we all semua fully cloth..


View dari atas beach yang we all lepak...




Pantai yang we all lepak.. Nampak tak dugong yang terlentang tu .. Fuhh posisi .. Yang selamat... Kalau tak mahu kena balun sekali. Lepas tu we all kebuluran so better cari makan.. Makan ler kat restoran kat bawah ni. Tak ingat dah namanya ..



Boleh tahan gak harganya .. Tapi belasah aje sebab dah lapar.. Makan nasi ... Ala-ala nasi goreng but european style.. Hambik sekali.. Kalau kat malaysia jangan harap ler nak makan cam ni.. Lepas kenyang nak balik tidur.. On the way balik Tom Tom (GPS - sebab tu nama tom tom kot asyik buat we all sesat jea .. Nasib baik nama bukan kum kum ) buat hal .. Sesat barat jadinya.. Nasib baik perut dah kenyang.
Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 16, 2011

Hari Yang Tak Produktif

Hari ni paksa pegi office sebab ada meeting tapi bila sampai office asyik melanggu sebab tekak dah sakit, kepala dah fening-fening...ckp dlm meeting tersasul2 , wa nk cakap 1000 keping, tapi wa sebut 1000 keling ... mesti diorang cakap apa rah minah.. Tapi seperti biasa buat muka seposen..


Sebelum wa jadi macam minah vietnam ni tertonggeng terbalik, wa rasa baik wa blk gi klinik... Baca blog kaki berangan jadi x sabar nya nak gi Korea... Kui kui ...

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, November 12, 2011

Dua Tiga Kucing Berlari Kemana Saje Ku Mahu Pergi


Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Kenapa blog ni tulis the other side of me sebab kalau orang kenal wa kat luar, wa ni jenis happy go lucky, blur blur sikit, suka baca buku, tengok DVD dan yang paling penting suka travel. Tapi kalau kat ofis tu macam serious ler sikit. Kawan-kawan panggil wa anis. Wa sebenarnya baru lagi buat travel blog ni, walaupun dah travel lama. Sebabnya wa ni buta IT ... tapi sekarang dah celik sikit.

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Sejak tahun 1993 sebab masa tu pergi study kat UK. Bila dapat offer happy sakan sebab dapat pergi travel, itu lah alasan sebenarnya. Paling untung sebab travel dapat guna rate student. Tapi tetap menjalankan tanggungjawab sebagai student. Tapi kalau masa study tu tak kira. Masa 1996 bermula ler terjebaknya dalam aktiviti ni, masa tu pegi Los Angeles. Pegi disneyland, macam budak2 . Tapi masa tu tak kenal lagi blogging2 ni so tak ada ler nak buat blog. Laman Muka Buku pun tak ada lagi. Masa tu ambik gambar hantar kedai cuci. Pass tu sekarang ni gambar2 tu semua dah kuning2.

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Both actually sebab traveller tu orang yang pergi dari satu tempat ke satu tempat , tourist tu plak pegi travel tapi lebih kepada makan angin suka suki. Tul ni ke ni..

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Konsep berjalan selalunya memandai sendiri, tapi kalau pegi bawak parent terpaksalah ambik tour agency. Sebab kalau tak parah gak dioarng nak angkat bag sendiri. Penyudahnya wa jugak yang kena angkat.

5. Siapakah travel partner anda?
Ada 2 kategori . Family dan kawan. Tapi sekarang ni kekawan semua sibuk, so terpaksalah belajar2 travel solo. Tapi tak pernah buat lagi. Tengok ajelah macamana nanti.

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Pertama kali masa study tulah tahun 1993 tapi kalau tu tak kira tahun 1996. Tapi paling aktif bila ada air asia. Slogan pun semua orang boleh terbang. Thank you air asia.

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini.
Kita mula pada negara yang paling dekat dulu lah.
Kalau kat Malaysia semua negeri dah pegi...
Kalau obersea ... nilah senarainya..
a) Thailand - Bangkok, Chiang Mai, Pattaya
b) Singapore
c) Indonesia - Jakarta, Bandung, Bali, Banda Acheh , Medan
d) China - Xiamen
e) Australia - Perth
f) United Kingdom - Ni banyak ler sebab pegi masa study.
g) Belgium - Brussel , Antwerp
h) Spain - Canary Island
i) Germany - Dresden
j) Austria - Vienna , Salzburg
k) Italy - Venice , Rome
l) United States - Los Angeles
m) Vietnam - Hanoi , Ho Chi Minh
o) Cambodia - Siem Reap , Phnom Penh
p) Arab Saudi - Mekah , Madinah

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
a) Indonesia - Jakarta, Medan, Bali
b) Thailand - Bangkok
c) Singapore
d) Arab Saudi - Mekah, Madinah

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Kenapa wa suka sini VENICE. Sebab sini tak ada kereta. Semua orang jalan kaki. Bandar yang di keliling oleh air. Walaupun orang kata airnya busuk tapi wa tetap suka. Kalau malam2 lepak ler kat canal ( ada step kat tepi-tepi tu) then beli kopi dari vending machine sebab murah, ianya akan tetap membuat kepala yang serabut tu kosong sekosongnya. Wa rasa bandar tu romantic ler, walaupun wa ni bukannya jiwang karat sangat. Tapi dalam hati tu ada gak taman. Wa suka ni dan kalau ada duit wa datang lagi.

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
a) New Zealand -Sebab wa nak tengok scenary yang cantik2 tu. Lagi satu jeles sebab ramai yang dah pegi New Zealand..
b) Maldives - Sebab wa nak gi diving kat sana.
c) Norway - Sebab wa nak tengok northern light ( Aurora Borealis ) Cahaya- cahaya tu .

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Pengalaman yang paling kelakar wa gi melawat dog cemetery kat Perth. Punyalah jauh trip tu. Main trip nak tengok Wave Rock. Tapi on the way tu singgahlah satu tempat ni. Ingat kan nak tengok apa rupanya dog cemetery... canggih canggih. Tapi kelakar pun ada. Ialah apa2 pun kita kena ler respect bila diorg dah buat cam tu. Tapi gelak sakit perut ler gak.

Cam ni ler ruponya tempat tu ....

Lagi satu cite best masa wa gi China, masa tu nak beli handbag, wa tanya minah tu, bag ni buat dari kulit pig ke, cakap orang putih dia tak paham, wa cakap khinzir, pun tak paham, wa cakap binatang bulat2 warna merah pun tak paham, last2 wa lukis gambar binatang badan bulat2 kaki pendek hidung kembang pun tak paham, last2 wa tunjuk gambar tu then wa buat bunyi oink oink oink dengan hidung2 wa kembang kempis, baru lah dia paham. Pass tu dia boleh gelak sakan .. hampeh. Adoi memang penat beli barang kat sana sebab cakap macam ayam and itik.

Lagi satu masa kat Canary Island , wa and fren wa pegi beach , ala2 nak berjemur ler. Tapi beach tu kebanyakkan orang semua topless we all aje yg full cloth .. kalau pakai suar pendek orait lagi tapi full jean tuuuu... tapi rugi wa x ada lens 250mm kalau tak blog ni wa dh taruk gambar2 yang canggih tu.... kikikih...

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Perkara yang memalukan ni terjadi masa wa pegi Ho Chi Minh. Masa nak balik wa tak declare wa punya cabin bag. Minah kaunter tu tanya berapa bag, wa cakap ada 2 sebab dua bag tu aje dah berat, so wa tak declare ler yang 2 lagi. Konon nak ngelat. Tapi sebenarnya ada 4 ( wa dgn parent ) Masa nak boarding tu wa duduk lepak2, lepas tu minah tu siap ronda, lepas tu dia cakap kat wa apasal tadi dia tak nampak bag ni. Wa pun tak tahu nak cakap apa. Depan orang ramai tu . Dia siap sound wa dia nak panggil officer dia , wa pun gelabah keluar barang2 apa yang patut dalam bag tu bagi tak berat sangat. Lepas tu officer dia datang cakap berat bag tu ok so boleh ler lepas. Masa tu semua orang tengok. Sure orang cakap apa rah minah ni kedekut pahit sangat nak bayar. Tapi ada wa kisah.. Buat muka seposen aje. Tapi tu memang pengajaran lah pada wa.

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Wa suka gak cuba-cuba masakan tempatan tapi kena ler pastikan tak ada yang tak berkaitan dalam makanan tu, karang susah plak. Wa pernah cuba makan ni namanya risotto. Ni italian dish. Tapi pengalaman yang tak boleh lupa wa cuba bakso kat Bandung. Malam tu dari pukul 2 pagi sampai nak naik flight wa sakit perut. Memang sakit perut tahap gaban, nak jalan pun tak larat. Sampai KL wa flat habis nasib baik tak masuk hospital aje. Kalau gi indon sekarang wa tak adalah simply nak makan sebarang. Tempat lain ok aje. hihihihi

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya

Keistemawaannya kalau dah berhari-hari berjalan tak jumpa nasi, so boleh ler order ni. Sebabnya ada nasi dalam tu, walaupun di campur dengan olive oil, cheese, sayur-sayuran , seafood sebab tu aje yang kita boleh makan, boleh membuatkan kita hilang ler sikit keinginan lapar nasi tu. Ada ka beras masak dengan cheese. Kalau kat Malaysia ada ke kita nak makan. Itulah istimewanya kalau nak memcubanya makanan tempatan.

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Dua-dua sebab bag yang wa beli tu ada dua kegunaan. Boleh jadi backpack dan juga troli.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan.


Sebelum ni wa travel pakai backpack aje yang tu dah bagi adik wa. Tapi beg ni wa dah beli dalam 4 tahun or lebih. Kenapa wa beli yang ni sebab ada dua kegunaan , sebab wa dah ada symptom sakit belakang. Kalau tak larat bawak belakang, wa tarik jea. Tapi memang berbaloi. Banyak jasanya. Banyak gak tempat dah pegi, australia, belgium, austria, indon, vietnam, italy , spain.


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
a) Ubat-ubatan. ( selalu panadol, Actal( sebab wa ada gastric ) dan minyak panas
b) Compas for kiblat.
c) Camera - yang ni memang wajib tersangat nya.

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe.
a) Cermin Mata Hitam - Kalau panas tu nasib ler
b) Topi
c) Selipar - Kasut dah ada satu cukup lah. Tapi kalau pegi beach parah gak kalau tak bawak selipar.

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Paling suka hantar poskad kat diri sendiri. Tak tahulah apasal. Rasa seronok bila sampai rumah tengok dalam post box ada poskad yang cantik. Ataupun alasan sebenarnya sebab tak ada orang nak hantar poskad terpaksalah hantar untuk diri sendiri. Selain dari tu biasalah suka ambik gambar. Selain dari dapat kumpul poskad, boleh gak kumpul stem.


Lebih kurang cam tulah kata-kata wa untuk diri sendiri. Ignore the handwriting yea.

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Malu-malu kucing kot, banyak ambik gambar pemandangan atau tempat-tempat. Lagi satu mungkin sebab tak pandai posing. Tapi wa paling suka ambik gambar lompat. Yang tu wa suka tak tahu apasal. Mungkin nak kasi gegar sikit tempat tu, sebab berat wa pun boleh tahan gak.


21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
Sapa-sapa banyak songel wa tembak.Padahal pakcik yang kat sebelah tu kata, pegang senapang pun tak betul.

Wa datang dengan peace ... Saja nak bertanya kabar apa cite kat bawah ni. Untuk info camera yang wa pegang tu, camera sewa, wa tak ada duit nak beli casing underwater.

Kalau wa tak diet dari sekarang, lama kelamaan boleh aje jadi cam tu.
Inilah akibatnya kalau travel tak bawak cermin mata hitam. Mata jadi kecik aje..
Haha wa dah update balik gambar sebab Fatt kata kena ada gambar yang tak sebatu, 2 batu boleh ke .. gambar yang tengah tu setelah di touch up yeaa putih macam tepung gomak, ialah gi travel mana ada masa nak pakai foundation kan. Nasib baik ada software tepung gomak. Lepas tu kalau sesapa jumpa muka tu kat LCCT ke KLIA ke sila ler tegur.. pass tu mesti wa cakap "do i know u" ? dengan muka seposen, pass tu u all jawab ler kan kita jumpa kat blog then kita boleh chit chat ... chit perasan cam artis ler plak...

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Wa suka sangat kumpul Fridge Magnet. Setiap tempat wa pegi memang ler wajib beli Fridge Magnet. Wa rasa tulah souvenir yang paling murah untuk dibuat collection. Dan paling penting sebab dia ada magnet so susah sikit nak hilang.
Tengoklah wa punya fridge. Mak wa selalu cakap, kalau letak banyak2 fridge magnet tu nanti fridge tu akan rosak. Betul ke teori tu wa pun tak tahu.

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Setiap kali wa jalan wajib wa beli untuk parent wa, yang lain-lain tu kalau ada budget lebih dapat ler sikit sorang. Selalu wa beli fridge magnet dan t-shirt lah.

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Selain dari fridge magnet wa suka kumpul t-shirt. Setiap tempat wa mesti beli satu t-shirt. Saje buat kenangan-kenangan.


Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

a) Vienna. Bandar ni sangat bersih, kalau jalan-jalan nak nampak sampah memang susah. Even tissue atau puntung rokok pun memang tak nampak.
b) Pulau- Pulau di Malaysia. Sayang kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak jaga pulau-pulau ini dengan baik. Masa mula start diving tahun 2002 sehingga sekarang memang banyak perubahan yang terjadi disebabkan segelintir yang tak mengambil berat terhadap alam persekitaran. Kalau tak dijaga dengan betul nanti kat bawah sana dah tak ada apa nak dilihat melainkan coral2 yang dah mati.
c) Cambodia & Vietnam . Negara yang semakin menbangun. Walaupun mereka masih jauh lagi. Tapi mereka tahu berusaha untuk ke arah itu. Especially dalam pelancongan.


26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Wa berangan boleh pegi diving tiap-tiap bulan dan 3 bulan sekali wa travel pergi oversea, tak kiralah jauh atau pun dekat. Masa wa travel tu, wa tak nak rushing-rushing ( rushing2 ni selalunya sebab wa tak ada cuti. Company wa bagi cuti setahun 14 hari aje bayangkan lah ) wa nak lepak seminggu dua ke , so boleh experience culture, mingle with local, bestkan ooooh berangan lagi.

Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3

Wa suka stamp ni sebab ada gambar kapal terbang kat tepi atas stamp tu. Susah payah diorang create kapal terbang tu. Macam cute aje. Lagi satu maknanya kita arrived by plane bukan by tongkang... hihihi.
Yang ni plak sebab cop dia ada different masa masuk dan masa keluar.

Monday, November 7, 2011

Now Everyone Can Fly

I watched this last night. And make me want to go to new zealand. Mmm should i go there or not. Coz at first i plan to go UK next year, can visit my uni and some friends that still there and also my cousin. But i never been to new zealand may be i should go there first. Huuuawah wish got more leave and money so i can go both. And next year also gonna busy coz my new project will kick off mid of the year. Big project. The kick off the project very critical coz i need to setup everything. .. Huuuawah.. Part of it looking forward but part of it.. Can aaaahhh.... Hahahaha... This year busy with finishing the project and achieved my KPI manage to complete on time to collect rental. Next year super busy of starting the new one.. But i always said to my self ... Busy mean i'm working and working meaning money in my bank . So get busy... Oklah .. Tu... No complaint maaaaaa.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 2, 2011

Shark Night

I just came back from this movie. My rating will be so so lah. Watched it in 3D not bad. Sebab mulut shark tu asyik menghala ke muka wa aje...hahahah. Bila diorang kena gigit merata-rata isi perutnya... Sungguh x kurang selera menengoknya. Siap ada hammerhead shark lagi. Gross gross ada jugak lah part terkejut2 tu. Alah-alah menakutkan jugak sebab asyik nampak gigi shark aje tu. Tajam-tajam. Balik tengok cite ni penat... Tgk klip bukan main lagi. 50% tipah tertipu ler ni...


Ni gambar masa nak last part . Shark ni dah makan tuannya. Actually shark2 ni semua ada orang bela. Cian budak perempuan ni sarah. Hampir nak kena makan. Tapi biasalah cite mesti ada hero yang berani selamatkan dia. Hihihi so selamat lah dia. Daripada 7 orang last2 tinggal 2 orang jea. Kenyang shark2 tu semua. Serammmm nak gi diving plak. Xoxo adios . Review from shark night.

- Posted using BlogPress from my iPad