Sunday, September 25, 2011

Rome Day 2 Part 5 10.04.2011

So day 2. Hari ni wa plan gi Colosseum dan kawasan yang sewaktu denganya. Kat area sini attractionya Roman Forum, Capitoline Hill, Arch of Constantine. Basically kat sini The Ancient Rome. So pagi-pagi dah menapak ke Colosseum, sampai-sampai aje dah ramai orang. Wa decided to take the tour yang diorang sibuk dok promote kat situ. Tour tu dalam 25 Euro. Mamat tour siap cakap wa bayar ni boleh dapat express lane. So ramai2 ler we all berdiri sambil dengar minah italy tu explain pasal Colosseum. Tour ni dalam 30 orang .Macam2 ler dia cite. Wa pun dh tak ingat. Lepas tu we all gerak nak masuk kat main entrance. Kata express lane. Wa tunggu situ kat 45 minit gak. Akhirnya dapat gak masuk dalam. Minah ni bagi macam earphone lah so bila dia cite wa boleh dengar, walaupun dia jauh dari wa. Canggih gak... ahahaha.. dalam tu minah ni pun blah blah lagi. Tapi wa sibuk nak ambik gambar. Punya lah ramai manusia dalam ni. Tapi to be inside the Colosseum, memang macam dream come true lah. Lepas tu minah tu kata, dh habis ambik gambar nanti jumpa kat luar. Another tour guide akan take over untuk bawak we all semua ke Capitoline Hill.

Gambar Ancient Rome

Circus Maximus - Tempat orang lumba-lumba tu... macam dalam cite Gladiator , Russel Crowe berlakon tu.



Pass tu mamat tour guide ni bawak ler we all satu group ni ke Palatine Hill. Berpeluh sakan gak naik bukit ni. Dia ada cakap total step tu, tapi wa tak ingat sebab wa dah termengah-mengah naik step. Tapi pakcik mat salleh depan wa tu, steady jea..tercabar ni. Nasihat wa, kalau nak gi sini sila pakai flat shoes kalau tak cari nahas. Mamat tour ni student, tapi buat ni as a part time job. Lagi satu nasihat wa, sebelum datang bacalah sikit sejarah pasal ancient rome ni. Kalau setakat tengok cite Troy, ( sekarang wa dh ingat cite yang Brad Pitt berlakon tu ) bila orang gelak kita gelak ajelah. Apa kisahnya buat2 paham ajelah. Tapi wa sikit2 adalah ingat cite2 tu. Tapi kalau suruh cite balik jangan harap ler. Wa kerja contruction, tapi bila wa tengok Pillar2 kat sini wa memang suspect ( respect ) ler orang2 roman ni, sebab boleh construct the Ancient City ni. Besar betul this area. Punyalah besar area ni , sampai ke petang wa jalan sini. Cuaca pagi sejuk tapi masa tengahari dah ok. Bila petang aje dah start sejuk. Perut pun dah lapar so wa pegi makan kat kedai Arab yang semlam tu. Lepas makan baru wa rasa kaki wa macam nak tercabut, sebab jalan kaki satu hari. End of day one.

No comments:

Post a Comment