Sunday, September 25, 2011

Rome Day 3 - Part 6 11.04.2011

Day 3 - Rome. Ari ni wa pegi the rest of the main attraction at city ni. Lepas breakfast wa jalan2 tanpa tujuan lagi. Then wa nampak bus sightseeing tour. Bas yang tak ada bumbung tu. So wa pun beli tiket untuk 2 hari. Dalam 28 Euro. Tak silaplah wa pun tak ingat. So bermula ler aktiviti ari tu naik bas. Ngee ngeee sebenar dah penat jalan kaki. So wa pun naik duduk kat atas, sebelum tu dapat earphone. Konon nak jadi minah salleh ler duduk kat atas. Tapi cuaca tak lah panas sangat. Cucuk earphone so wa pun pusing ler satu bandar tu. Sambil dengar-dengar minah salleh tu bercerita, wa pun ambik ler gambar. Hari ni punya cite wa pun tak berapa ingat sangat, tak tahu apasal. Mungkin sebab salah satu pitt stop tu, wa turun kat Hard Rock Cafe. Wa beli t-shirt. Mungkin sebab tulah kot. Sebab wa asyik dok convert harga yang wa bayar untuk t-shirt tu.


Wa pegi tempat ni yang sangat famous Trevi Fountain, at Rome ni sebenarnya banyak fountain. Banyak wa ambik gambar kat fountain2 yang lain tapi sebab yang ni famous so wa letak gambar ni. Punyalah ramai orang kat sini. Nak ambik gambar pun susah. Kalau tengok betul-betul fountain ni, airnya biru sesangat. Kalau malam ambik gambar kat sini memang cantek, tapi sebab tempat ni jauh dari BB wa so nak datang malam, kirim salam ajelah. Kat dalam fountain banyak sesangat duit syilling. Semua orang dok baling duit dalam ni. Cara balingan kena membelakangkan fountain then baling ler duit tu. Sure kaya city council kat sini sebab bayangkanlah berapa banyak tourist baling duit setiap hari. Mengikut mitosnya lah, kalau baling duit tu bermakna kita akan datang lagi ke sini. Ngeee ngeee. So apalagi wa pun baling ler gak. Wa baling syiling malaysia, hahah saje dengki. Sure diorg blur, kikikih. Nak tukar tak laku. Tapi wa pesan kat sini hati-hati sikit sebab takut penyeluk saku. Tapi wa cakap l, bangla ramai tu kat sini. Siap pandai cakap malaysia lagi. Yang jual souvenir pun pandai cakap melayu. Cayalah sapa cakap bahasa melayu kita tak famous. Ngee ngee.



Kat atas ni antara gambar2 yang wa ambik masa atas bas tu. Actual banyak gak info dapat hari ni. Tapi yang paling berharga ialah wa dapat sunburn. Gelap siot muka wa. Memang ler cuaca sejuk tapi matahari tetap matahari. Wa gi site pun tak segelap ni. End of day 3.

No comments:

Post a Comment