Jalan ke sana senang aje. Kalau dari putrajaya ambik signboard ke kajang and nanti akan nampak signboard ke semenyih. Follow jea signboard tu. Basically u all akan lalu bandar semenyih. Nanti akan ada signboard ke Broga. Dekat- dekat dengan Nottingham University Semenyih Campus. Sampai-sampai nak masuk parking mak aiii parking dah penuh kereta. Sebelum tu kena bayer parking RM3.00 . Makcik yang collect tu mesti kaya. hahahaha.. beratus kereta hari tu. Tapi yelah tanah dia kan , nak buat macamana. Tapi huntunglah.
Masa ni semua simbuk nak naik. Actually sebelum tu we all buatlah sikit stretching. Ala -ala manja macam tu , goyang sikit, toleh kiri kanan lepas tu habis. Masing2 memang dah tak sabar nak naik.
Actually dari masa nak naik tak adalah sesusah mana. Yang penting ada stamina . Kalau tak ada masa tulah akan keluar segala penyakit yang sedia ada dan yang akan ada. Masa tu lah rasa sakit dada , dada ketat, tak boleh bernafas , sakit lutut , tak cukup oksigen lah, masa tu kalah lah doktor MD ni . Sebab segala penyakit macam tau aje. Sampái satu tahap yang ada yg kena suggest balik ni sila buat medical check up yea. Masa tu yang tukang bagi nasihat tu rasa nak bagi penampar je sorang2. hahahah.. tapi tahan itu semua dugaan. Ok layan gambar masa naik dan beberapa pose yang agar menarik. Tak tahulah menarik ke tak .
Masa ni we al dah sampai check point yang pertama. Semangat - semangat kaaaaan.
Masa ni pun dah ada yang nak give up. Salah sorangnya adik kita sendiri. Hek eleh dari rumah punyalah semangat , berkobar2 lepas check point satu tu dah nak give up. Padahal sebelum tu asyik cerita nak naik Gunung Rinjani , Bromo lah... adeh ni baru bukit maçam nak pengsan. Siap cakap wei tolong ler yea .. ini first and the last naik Broga ni. hahahah... Tapi disebabkan tipu kata beberapa orang dalam group ni yang asyik cakap 5 minit lagi sampai , 5 minit lagi sampai maka bergerak lah jugak. Tapi sebab tak nak lalu laluan yang susah tu , we all konon nak ambik laluan yang jauh sikit tapi macam
landai. Tapi rupanya tipah tertipu. Jalan mati rupanya. Alamak .. apa2 hal kita weefiee dulu.
Ni gambar masa nak naik ke checkpoint yang ke-1
Dah sampai ke Check Point Ke -1, ingatkan dah sampai betul-betul atas tapi rupanya ada lagi yang atas. Alamak tipah tertipu betul.
Ok gambar ni baru check point yang ke -2. Dah habis pena lelah dah ni. Sebenarnya ada lagi satu check point yang terakhir . Tapi we all dah tak larat. Semua macam dah malas. So we all posing2 ajelah kat sini.
Lepas habis posing semua , we all pun turun. Dah tak tunggu dah group yang satu lagi, yang naik sampai check point yang terakhir tu.
Masa nak turun memang tersiksa sikit . Sebab tanah licin disebabkan hujan malam sebelumnya. Jadi kuasa brek boboi boy sangat diperlukan ... alamatnya .. tersangatlah sakit lutut dan jari - jemari kaki. Maka bertabahlah semua.
Masa we all nak turun, masih ada lagi yang nak naik. Hari dah semakin panas. Nasihat we all kalau nak naik se-eloknya naik lah pagi-pagi, kalau malas sangat nak bangun pagi selewatnya pukul 7 pagi tu dah naik. Kalau tidak tahanlah tahap kebahangan nya .
Akhirnya 1st group yang sampai ke- bawah. Lega rasanya masing2. Dekat tepi sebelah kanan tu ada makcik jual air kelapa. Tersangat ler lakunya. Masa we all sampai buah kelapanya dah nak habis. Lepas tu we all rilek2 and tunggu satu group lagi sampai... Maka berakhir penaklukan Bukit Broga. Nak naik lagi ke? Rasanya tak lah... tapi mana tau kalau ada gerng mungkin boleh. Apa2 pun satu pengalaman yang sangat menarik dan tertarik.
No comments:
Post a Comment